Hidupan liar Tasik Ladoga

Ladoga kaya dengan ikan. 48 bentuk (spesies dan taksa infra spesifik) ikan telah ditemui di tasik, termasuk ikan Rutilis, zander, ikan kakap Eropah, pelbagai ikan Osmeridae endemik, dua jenis Coregonus albula, lapan jenis Coregonus lavaretus, sejumlah Salmonidae lain serta, walaupun jarang, ikan sturgeon Atlantik yang terancam (dahulunya dikelirukan dengan ikan sturgeon laut Eropah). Perikanan komersil pernah menjadi industri utama tetapi telah terjejas oleh penangkapan ikan yang berlebihan. Selepas perang, antara 1945–1954, jumlah tangkapan tahunan meningkat dan mencapai maksimum 4,900 tan. Walau bagaimanapun, perikanan yang tidak seimbang menyebabkan penurunan drastik hasil tangkapan pada tahun 1955–1963, kadangkala kepada 1,600 tan setahun. Pukat tunda telah diharamkan di Tasik Ladoga sejak 1956 dan beberapa sekatan lain telah dikenakan. Keadaan beransur pulih, dan pada tahun 1971–1990 hasil tangkapan berkisar antara 4,900 dan 6,900 tan setahun, kira-kira tahap yang sama dengan jumlah tangkapan pada tahun 1938.[15] Ladang ikan dan memancing rekreasi kini dimajukan.[16]

Selain itu, tasik ini mempunyai subspesies anjing laut bercincin endemik sendiri, dikenali sebagai anjing laut Ladoga.

Sejak awal tahun 1960-an, Tasik Ladoga mengalami eutrofikasi yang ketara.[17]

Berkaitan